Bantuan Awal Persekolahan RM150 (BAP)
JENIS BANTUAN:
- Bantuan Awal persekolahan RM150 akan diberikan secara One-Off
PENGENALAN :
- Bantuan Awal Persekolahan RM150 (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
KADAR :
- Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :
- Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Tarikh Pengagihan Bantuan
KPM dalam siaran Medianya (rujuk di bawah) memaklumkan Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024.
Tarikh pembayaran mungkin berbeza mengikut sekolah masing-masing kerana bantuan ini disalurkan melalui akaun sekolah.
Seterusnya pihak sekolah akan mengagihkan bantuan awal persekolahan 2024 kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.
Ia akan dibuat secara berperingkat.
Untuk makluman, ada sekolah yang sudah menerima bayaran Bantuan Awal Persekolahan ini mulai 15 Januari 2024.
Cara Tuntutan Wang Bantuan Awal Persekolahan
- Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
- Sila bawa bersama;
- Sijil lahir/kad pengenalan murid
- Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
- Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
- Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2024.
- Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
- Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
- Penyerahan mungkin berbeza mengikut fasa sekolah masing-masing
- Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
Walaupun begitu, ibu/bapa atau penjaga diminta merujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah masing-masing berhubung tuntutan Bantuan Awal Persekolahan ini.
Layari http://www.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut
KAEDAH PENYALURAN :
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Anda juga mungkin meminati
Bantuan Persekolahan Fakir Miskin MAIK
[…] Bantuan Awal Persekolahan RM150 […]