Bonus RM2000 Penjawat Awam
Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara 2023 (Bonus akan dikreditkan pada Februari 2024)
Bonus RM2000 penjawat awam. Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara 2023 (Bonus 2024)
Bonus RM2000 Penjawat Awam. Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2000, dibayar akhir Februari 2024.
Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
Pengumuman dari PMX:
https://www.youtube.com/watch?v=D91MzCKNO7c
Tarikh Bayaran
Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Lain-lain Inisiatif Yang Diumumkan Untuk Penjawat Awam Dalam Belanjawan 2024
Kerajaan turut memberikan perhatian kepada kesejahteraan penjawat awam melalui IKHTIAR 12 di bawah Belanjawan 2024.
Antara manfaat yang disediakan adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Selain itu liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan serta memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.
- Memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak
- Bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000. Selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta RM1.6j
- Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sedang giat dibuat. Ini adalah untuk meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan
Anda juga mungkin meminati
Tarikh & Jumlah Bantuan STR 2024
Program Bantuan Daripada MAIK, Majlis Agama Islam Kelantan