Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024

Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024 (Terkini)

Tahukah anda tentantang Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024? Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

TUJUAN

 

  1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2023 (“Garis Panduan”).

 

TAFSIRAN

 

  1. Bagi tujuan Garis Panduan ini-

 

“Pegawai Pengawal” bermaksud pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 15A Akta Tatacara

Kewangan 1957 [Akta 61];

 Jawatan kosong personel Mystep 2024

“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Kementerian atau Jabatan persekutuan di peringkat ibu pejabat dan pejabat negeri atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal; dan

 

“Personel MySTEP” bermaksud personel yang dilantik berdasarkan Garis Panduan ini.

 

 

LATAR BELAKANG

 

  1. Kerajaan telah memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term

Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun 2023. Inisiatif ini diteruskan kepada golongan sasar dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).  

 

DASAR PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP

 

4.         Dasar Umum

 

  • Penetapan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti yang terpakai kepada pegawai awam;

 

  • Penetapan upah Personel MySTEP adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal;

 

  • Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Perjalanan;

 

  • Personel MySTEP hendaklah mencarum dalam Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan

  • Personel MySTEP adalah tertakluk kepada peraturanperaturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan secara khusus kepada mereka atau apa-apa arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

 

5.          Kuasa Melantik

 

  • Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk membuat perolehan perkhidmatan dan penamatan Personel MySTEP dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Ketua Jabatan hanya dibenarkan melaksanakan urusan perolehan perkhidmatan dan penamatan Personel MySTEP setelah mendapat surat perwakilan kuasa secara bertulis daripada Pegawai Pengawal;

 

  • Perolehan perkhidmatan Personel MySTEP dilaksanakan berdasarkan keperluan tugas di Kementerian/ Jabatan yang tidak bersandarkan kepada mana-mana skim perkhidmatan atau gred jawatan; dan

 

  • Perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja (rate for the job).

 

 

6.          Status Personel MySTEP

 

  • Jawatan kosong Personel MySTEP bukan pegawai awam dan tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U (A) 1/2012], Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa ke atas pegawai awam; dan

 

  • Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dan tempoh itu hendaklah tidak melebihi 31 Disember 2023.

 

7.           Skop Tugas Personel MySTEP

 

Memandangkan Personel MySTEP bukan pegawai awam, skop tugas yang akan dilaksanakan hendaklah tidak merangkumi perkara-perkara yang berikut:

 

  • tugas yang diberikan kuasa oleh undang-undang dan peraturan tertentu seperti tugas-tugas penguatkuasaan/ kewangan/ perolehan atau yang terikat dengan pematuhan undang-undang/ peraturan;

 

  • tugas yang sensitif seperti yang melibatkan risiko ancaman terhadap keselamatan serta keperluan untuk akses dan pengurusan fail dan dokumen terperingkat; dan

 

  • tugas yang memerlukan tandatangan pada dokumen rasmi atau membuat keputusan rasmi yang boleh membangkitkan liabiliti terhadap Kerajaan seperti meluluskan pelan bangunan, meluluskan geran pinjaman/ penyelidikan dan lain-lain yang seumpamanya.

 

  1. Tertakluk kepada skop tugas yang tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan di perenggan 7, Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan apa-apa skop tugas yang lain mengikut keperluan Kementerian/ Jabatan. Skop tugas yang dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Personel MySTEP boleh meliputi dan tidak terhad kepada perkara-perkara seperti contoh yang berikut:

 

  • memberi perkhidmatan sosial seperti tugas penjagaan di rumah orang-orang tua/ kanak-kanak/ orang kurang upaya

(OKU) atau seumpamanya; atau

 

  • tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal) seperti data entry, pembanci atau seumpamanya.

 

9.            Tanggungjawab Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan

 

Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah-

  • merancang dan menentukan jenis dan output tugas, tempoh perkhidmatan, jumlah Personel MySTEP yang diperlukan dan kadar bayaran upah;

 

  • mengiklankan pengambilan secara pemberitahuan dalaman atau apa- apa kaedah lain yang sesuai;

 

  • memastikan calon yang memohon sebagai Personel MySTEP telah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19;

 

  • melaksanakan tapisan pengambilan melalui kaedah yang bersesuaian seperti temu duga;

 

  • membuat tawaran kontrak Personel MySTEP dan menetapkan syarat-syarat kontrak kepada calon yang dipilih. Contoh surat tawaran dan templat kontrak Personel MySTEP adalah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 3;

 Seterusnya…

  • memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan penerimaan tawaran pengambilan sebagai Personel MySTEP melalui surat seperti contoh di Lampiran 2;

 

  • memaklumkan Personel MySTEP supaya melaporkan diri bertugas mengikut tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran;
  • mengarahkan Personel MySTEP untuk menghadiri latihan yang bersesuaian supaya Personel MySTEP dapat melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan, jika perlu;

 

  • merekodkan maklumat perkhidmatan Personel MySTEP

mengikut kaedah bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan;

 

  • memastikan pembayaran upah dilaksanakan berdasarkan output yang telah ditentukan;

 

  • memastikan calon yang dipilih diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar);

 

(1)                memastikan Personel MySTEP menandatangani-

 

  • Surat Penerimaan Tawaran Personel MySTEP seperti di Lampiran 2;

 

  • Kontrak Personel MySTEP seperti di Lampiran 3; dan

 

  • perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] seperti di Lampiran 4.

 

  • menentukan kaedah penilaian serta pembuktian pencapaian output dan kadar pemotongan upah sebelum

upah boleh dibayar kepada Personel MySTEP;

 

  • memastikan sekiranya berlaku penamatan kontrak atau kontrak tamat tempoh, Personel MySTEP hendaklah-

 

  • mengemukakan/ mengembalikan kepada Kerajaan apa-apa peralatan, dokumen, material dan apa-apa perkara lain yang diberikan untuk kegunaan Personel MySTEP sepanjang Tempoh

Perkhidmatan;

 

  • meninggalkan premis Kerajaan dan mengeluarkan apa-apa peralatan, dokumen, material dan apa-apa perkara lain kepunyaan Personel MySTEP dari premis Kerajaan atas kos dan perbelanjaan Personel MySTEP sendiri; dan

 

  • menghapus, memadam dan tidak menyimpan apaapa dokumen, material dan apa-apa maklumat rasmi/ perkara rasmi Kerajaan dalam apa-apa peralatan/ peranti mudah alih milik Personel MySTEP;

 

  • memastikan Garis Panduan ini serta peraturan kewangan yang berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya. Sebarang penyalahgunaan/ ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan serta dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Garis Panduan ini boleh menyebabkan Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan dikenakan tindakan tatatertib;

 

  • memastikan kuota khas sebanyak satu (1) peratus untuk program MySTEP kepada golongan orang kurang upaya (OKU); dan

 

  • mengemukakan laporan bulanan kepada LAKSANA, Kementerian Kewangan dengan mengemaskini rekod pengambilan Personel MySTEP melalui pautan https://mystep.mof.gov.my/majikan/auth. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti dalam Lampiran 5.

 

10.Penamatan Perkhidmatan

 

  • Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan tempoh yang ditetapkan dalam kontrak dan akan tamat apabila tempoh kontrak luput. Ketua Jabatan tidak perlu memberikan apa-apa notis kepada Personel MySTEP apabila kontrak berakhir;

 

  • Ketua Jabatan boleh menamatkan kontrak dengan Personel MySTEP lebih awal dari tarikh tamat kontrak itu dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya-

 

  • tujuh (7) hari bagi tempoh kontrak kurang dari enam (6) bulan; atau

 

  • empat belas (14) hari bagi tempoh kontrak yang lebih dari enam (6) bulan,

 

sekiranya Ketua Jabatan mendapati Personel MySTEP tidak memenuhi obligasi kontrak.

 

  • Personel MySTEP boleh menamatkan kontrak lebih awal dari tarikh tamat kontrak itu dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya-

 

  • tujuh (7) hari bagi tempoh kontrak kurang dari enam (6) bulan; atau

 

  • empat belas (14) hari bagi tempoh kontrak yang lebih dari enam (6) bulan.

 

DASAR PEMBAYARAN UPAH

 

11.Peruntukan Pembayaran Upah

 

  • Peruntukan kewangan untuk perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah daripada peruntukan sedia ada

Kementerian/ Jabatan berkaitan pelantikan MySTEP dalam

Objek Sebagai (OS) 29000;

 

 

  • Kementerian/ Jabatan juga boleh menggunakan peruntukan bagi emolumen daripada jawatan kosong pada gred lantikan yang akan dipindahkan ke OS 29000 setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut tidak dimansuhkan;

 

(c)Ketua Jabatan-

 

  • tidak dibenarkan mengisi jawatan kosong bagi perjawatan yang peruntukan emolumennya telah dipindahkan ke OS29000 bagi tahun 2023;

 

  • tidak boleh membuat penanggungan kerja bagi

jawatan kosong itu;

 

  • tidak boleh menggunakan jawatan kosong itu bagi tujuan tukar ganti (trade off) untuk permohonan jawatan baharu; dan

 

  • hanya boleh mengisi jawatan kosong itu pada tahun 2024 sekiranya disediakan peruntukan emolumen dan mendapat kelulusan pengisian.

 

  • Penentuan bilangan Personel MySTEP yang boleh diambil dan jumlah peruntukan di bawah program ini termasuklah pembayaran upah, caruman PERKESO dan KWSP hendaklah dimuktamadkan bersama Pegawai Pemeriksa Bajet (Kementerian Kewangan) yang berkaitan; dan

 

  • Pegawai Pengawal tidak dibenarkan memindahkan peruntukan daripada program/ aktiviti lain untuk membiayai pembayaran upah Personel MySTEP tanpa kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

 

12.Penetapan Kadar Upah

 

  • Penetapan kadar upah Personel MySTEP adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal. Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis atau kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja; dan

 

  • Sebagai contoh, seseorang Personel MySTEP yang mempunyai ijazah boleh dibayar upah setara dengan kelayakan diploma sekiranya jenis atau kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian/ Jabatan hanya memerlukan kemahiran bertaraf diploma.

 

13.Kaedah Bayaran Upah

 

  • Pegawai Pengawal hendaklah menetapkan kaedah bayaran upah secara bulanan dan akan dibayar pada akhir bulan. Kegagalan mencapai sasaran output boleh menyebabkan upah tidak akan dibayar atau dipotong mengikut kadar/ formula yang ditetapkan dalam kontrak;

 

  • Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP. Kadar upah bulanan termasuk caruman PERKESO dan KWSP adalah seperti di Jadual 1.

 

JADUAL 1:

KADAR UPAH BULANAN TERMASUK

CARUMAN PERKESO DAN KWSP

 

Jenis/Kompleksiti Tugas

Berdasarkan Kesetaraan Akademik

Upah (RM)
Setaraf ljazah Sarjana Muda 2,100
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,500

 

14.Kemudahan Yang Diberikan Kepada Personel MySTEP

 

  • Personel MySTEP hanya layak mendapat kemudahan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2 sahaja.

 

JADUAL 2:

KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA PERSONEL

MySTEP

 

 

Bil.

 

Jenis Kemudahan

 

Perincian

1. Cuti rehat 12 hari setahun. Dikira secara purata

(prorate) berdasarkan tempoh kontrak.

2. Cuti sakit 14 hari setahun. Dikira secara purata

(prorate) berdasarkan tempoh kontrak.

3. Perlindungan Sosial (a) Caruman KWSP; dan (b) Caruman PERKESO.

 

  • Kelengkapan dan kemudahan bagi kegunaan rasmi oleh Personel MySTEP adalah tertakluk kepada kelengkapan dan kemudahan pejabat sedia ada tanpa melibatkan peruntukan tambahan. Sebagai contoh, kelengkapan dan peralatan pejabat serta ruang pejabat.

 

PENGECUALIAN

 

  1. Sebarang pengecualian berkenaan dengan-

 

  • kemudahan yang diberikan kepada Personel MySTEP adalah tertakluk kepada kelulusan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia; dan

 

 

  • apa-apa perkara lain di bawah Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

PERALIHAN

 

  1. Sekiranya terdapat keperluan untuk meneruskan pelantikan/ melantik semula mana-mana Personel MySTEP untuk suatu tempoh baharu sama ada bagi tugasan yang sama atau berlainan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan terdapat selang masa (gap) antara kontrak sedia ada dan kontrak baharu itu. Tempoh selang masa yang bersesuaian adalah satu ke dua hari bekerja.

 

  1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.4.1 Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian ditangguhkan pelaksanaannya. Dengan ini juga surat JPA.(S).600-3/3/2 (39) bertarikh 23 Disember 2022 bersama dengan garis panduan dan lampiran yang berkaitan adalah DIBATALKAN.

 

TARIKH KUAT KUASA

 

  1. Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

 

             

PEMAKAIAN

 

  1. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masingmasing, pemakaian peruntukan Garis Panduan ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Rujukan Jawatan kosong Personel MySTEP 2024.

Jabatan Perkhidmatan Awam http://www.penerangan.gov.my

23 Disember 2022

Anda Juga Mungkin Meminati

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Risda 2023

One thought on “Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *