MRSM Program Bitara Tingkatan4
Tahukah anda tentang MRSM Program Bitara tingkatan4? MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).
Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).
Sila Layari laman Rasmi MRSM
Lokasi
Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program Bitara (Tingkatan 4);
- MRSM TAIPING, PERAK
- MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA
- MRSM PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
Syarat Kemasukan Program Bitara
- Calon warganegara Malaysia
- Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
- Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
- Calon lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
Anda juga mungkin meminati
Semakan Keputusan Permohonan MRSM