Permohonan Bantuan Pembangunan Ekonomi Untuk Rakyat Kelantan dari MAIK
Pengenalan
Tahukah anda tentang permohonan Bantuan Pembangunan Ekonomi untuk rakyat kelantan dari MAIK. Selain bantuan-bantuan lain MAIK juga menyediakan bantuan untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan yang memerlukan di Kelantan. Namun begitu ramai yang terlepas pandang atau tidak peka tentang kewujudan bantuan sebegini.
Bantuan ekonomi untuk golongan miskin adalah upaya pemberian dukungan kewangan atau sumber daya kepada individu atau kelompok yang berada dalam kondisi ekonomi yang kurang baik. Tujuan dari bantuan ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan mengurangi kesenjangan sosial.
Bantuan ekonomi untuk golongan miskin bertujuan untuk mencapai keadilan sosial, mengurangi kemiskinan, dan memperkuat daya saing ekonomi melalui peningkatan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Program ini diwujudkan untuk membantu golongan tersasar meningkatkan ekonomi keluarga sejurus mengurangkan jurang ekonomi dalam negeri ini.
Pun begitu, MAIK telah menetapkan beberapa syarat untuk memohon bantuan ini. Ini bagi mengelakkan bantuan diberikan kepada golongan yang tidak sewarjarnya. Sila baca selanjutnya untuk mengetahui pra syarat yang telah ditetapkan oleh MAIK. Adakah anda layak memohon bantuan ekonomi dari MAIK?
SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
- Beragama Islam.
SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :
- Merupakan bantuan modal untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Menyediakan modal dan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan kepada asnaf.
- Terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
- Kadar bantuan bergantung kepada keperluan pemohon dan kelulusan pihak pengurusan.
CARA UNTUK MEMOHON :
- Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.
Sila layari http://www.e-maik.my untuk maklumat lanjut
Anda juga mungkin meminati
Bantuan Bulanan Fakir Miskin MAIK
Program Bantuan Daripada MAIK, Majlis Agama Islam Kelantan