Permohonan Upu Secara Online: Cara Daftar Akaun Baru & Merit 2023
Berikut merupakan cara permohonan UPU secara Online. Cara Daftar Akaun Baru untuk Permohonan Upu Online dan merit bagus 2023
Kementerian pengajian tinggi telah berjaya membangunkan satu sistem dalam talian untuk sistem upuonline permohonan kemasukan ke Instistusi Pengajian Tinggi Awam bagi pelajar lepasan SPM dan STPM.
Semua pelajar yang ingin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi di kebanyakan universiti awam di Malaysia, akan menggunakan sistem atas talian ini.
Mereka perlu melalui beberapa proses untuk diterima masuk dari permohonan, kemaskini, keputusan dan juga permohonan kali kedua untuk rayuan bagi yang gagal.
Cara Daftar Upu Online 2023 Register Akaun Baru
Bagi individu yang belum pernah mendaftar, mereka perlu daftar upu online 2023 permohonan kali pertama bagi membolehkan mereka mengakses sistem UPUonline bagi upu permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk daftar upu online 2023 kali pertama:
- Layari laman web https://online.mohe.gov.my untuk upu daftar online
- Pada halaman utaman tekan pautan “daftar akaun baru upuonline”
- Seterusnya, isikan butiran yang diminta seperti nombor kad pebgenalan, alamat e-mel, nama ibu, soalan keselamatan dan kata lalaun dan tekan butang “daftar”.
- Setelah pendaftaran upu Berjaya, anda boleh log masuk ke dalam sistem upu online permohonan dalam talian.
Cara Membuat Permohonan Upu Online
Selepas membuat pendaftaran akaun seperti di atas, anda boleh log masuk ke dalam sistem UPUonline.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan dan klik pada kategori upu permohonan samada lepasan SPM atau STPM dan tekan “log masuk”.
- Pada halaman papan muka, skrol ke bawah dan tekan butang “seterusnya”. Semak semula maklumat anda sebelum tekan “seterusnya”.
- Di paparan berikutnya, anda perlu menjawab beberapa soalan seperti pinjaman PTPTN, adik-beradik yang sedang / telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan lain-lain. Jawab semua soalan tersebut dan tekan “seterusnya”.
- Anda akan dibawa ke bahagian maklumat peribadi. Isikan maklumat peribadi anda seperti nomobr kad pengenalan, nama, alamat rumah, nombor telefon anda dan ibu bapa, alamat e-mel, tempat lahir, bilangan adik beradik dan menjawab soalan samada anda OKU ataupun tidak. Setelah lengkap, tekan “seterusnya”.
- Bahagian seterusnya adalah maklumat keluarga. Pada bahagian ini, masukkan maklumat ibu bapa seperti nombor kad pengenalan, alamat, jumlah pendapatan dan lain-lain. Tekan “seterusnya”.
- Masukkan keputusan SPM anda di bahagian maklumat akademik dan tekan “seterusnya”.
- Kini anda boleh membuat pilihan Universiti dan Kursus yang ingin anda sertai.
- Terdapat 12 pilihan yang anda boleh pilih dan pastikan anda meletakkan kursus yang paling anda inginkan sebagai pilihan utama.
- Pilih zon temuduga anda sebelum klik “simpan” dan “seterunya”.
- Akhirnya anda boleh mencetak maklumat upu online permohonan anda di bahagian pengesahan.
Syarat Upu 2023 (Kelayakan Asas)
Setiap tahun, permohonan upu 2023 dibuka untuk kemasukan ke Uiversiti Awam kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM.
Seperti pada tahun ini, permohonan upuonline telah dibuka pada Februari 2023 hingga Mac 2023.
Para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui syarat am untuk syarat masuk Universiti Awam sebelum permohonan daftar upu.
1. Syarat Masuk Universiti Lepasan Spm
Pelajar lepasan SPM boleh memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), politeknik, matrikulasi, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi lain dengan syarat menepati kelayakan berikut:
(i) UA / IPG / Kolej Matrikulasi / Politeknik Premier
Program Asasi / Matrikulasi
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
Program Diploma
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya TIGA (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
(ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA
Program Diploma
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya TIGA (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
Program Sijil
Pemohon mestilah :-
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh menulis, membaca dan mengira
2. Syarat Masuk Universiti Lepasan STPM / Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke UA / IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai kad pengenalan sahaja.
- Bukan Warganegara boleh membuat permohonan terus ke UA berkaitan.
Program Pengajian di UiTM
UiTM hanya menyediakan program pengajian kepada warganegara berketurunan Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli Semenanjung sahaja.
Kelayakan Akademik
- Memiliki SPM / setaraf / SPM kertas Julai dengan mendapat keputusan KEPUJIAN bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS mata pelajaran Sejarah; dan
- Mendapat keputusan STPM / Setaraf sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
- Sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam); atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dalam Matrikulasi /aAsasi; dan
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
3. Syarat Kemasukan Universiti Lepasan Diploma Dan Politeknik
Pelajar lepasan Diploma dan Politeknik tidak lagi perlu membuat permohonan upu kali kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringakat Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Am IPTA
DIPLOMA (UA/POLITEKNIK)
- Memiliki SPM / setaraf / SPM kertas Julai dengan mendapat keputusan KEPUJIAN bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS mata pelajaran Sejarah; dan
- Memiliki diploma IPT / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau kelulusan lain yang setaraf diluluskan oleh senat Universiti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
Syarat Tambahan Permohonan Program Pendidikan di KPM
- Warganegara Malaysia
- tidak melebihi umur tiga puluh (30) tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Lulus Matematik dalam SPM
- Sihat mental dan fizikal
Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan Temu Duga
- Calon yang layak, perlu menduduki dan melepasi tahap minimum MedSI.
- Lulus ujian khas yang ditetapkan
- Diperaku temu duga
- Hanya untuk calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program pengajiansahaja
Kenapa Upu Online Permohonan Tidak Berjaya
Terdapat pelbagai sebab dan punca kenapa permohonan UPU tidak berjaya dan gagal.
Ini termasuk tersalah isi maklumat, kekurangan dokumen sokongan dan sebagainya.
(i) Tidak Memenuhi Syarat Am IPTA
Kenapa permohonan UPU secara online gagal? Antara sebab yang paling mudah kenapa permohonan anda tidak berjaya adalah keranan keputusan SPM, STPM, Matrikulasi dan peperiksaan setaraf lain tidak memenuhi syarat am IPTA seperti yang dibincangkan di atas.
Sekiranya syarat am ini tidak dapat dipenuhi, maka permohonan anda tidak akan diterima
(ii) Memohon Program Pengajian Popular
Kursus-kursus dan senarai program degree upu popular pastinya menjadi tumpuan ramai dan menerima permohonan yang banyak. Perkara ini sekaligus meningkatkan persaingan dan calon yang memiliki keputusan yang lebih cemerlang akan diutamakan.
Oleh kerana permohonan yang banyak tetapi dengan kuota pengambilan yang terhad, maka banyak permohonan akan terpaksa ditolak menggunakan sistem merit.
(iii) Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan
Apabila anda menolak tawaran yang ditawarkan dan membuat rayuan melalui sistem e-Rayuan, permohonan anda akan gagal.
Ini kerana sistem e-Rayuan andalah untuk calon yang langsung tidak menerima sebarang tawaran.
(iv) Gagal Temuduga
Terdapat beberapa program yang memerlukan temuduga sebelum menerima anda sebagai pelajar.
Apabila anda gagal melepasi tapisan temuduga maka anda akan gagal untuk mengikuti pengajian tersebut.
(v) Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar
Semasa anda mengisi borang permohonan secara dalam talian, pastikan anda menekan butang pengesahan dan hantar permohonan anda.
Sekiranya anda tidak berbuat demikian, sudah tentu pihak berwajib tidak menerima permohonan anda.
(vi) Dokumen Yang Penting Tidak Lengkap
Semasa membuat permohonan, calaon akan dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil SPM / STPM dan sijil pendidikan lain.
Dokumen-dokumen ini perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dimuatnaik, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan upu 2023 anda gagal.
Permohonan Berjaya
- Borang berjaya diterima oleh sistem upuonline
- Memenuhi syarat khas program
- Terdapat kekosongan kuota
- Lulus temuduga
- Kedudukan merit yang tinggi
- Dokumen lengkap
- Permohonan disahkan dan dihantar
Tips Memilih Program Pengajian Sesuai Dengan Minat & Akademik
- a) Pastikan keputusan anda melepasi syarat am UA dan syarat khas program
Sebelum membuat permohonan, calon perlu memahami dan mengetahui syarat am kemasukan ke UA dan juga syarat-syarat khas program yang ingin diikuti.
Sekiranya keputusan anda tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, masih terdapat banyak lagi institusi pengajian dan latihan yang lain yang mungkin menepati syarat keputusan peperiksaan anda.
- b) Gunakan sistem merit
Sistem merit merupakan sistem yang sangat membantu dalam membimbing calon untuk membuat permohonan agar keputusan permohonan tidak mengecewakan.
Di situ anda boleh tahu, keputusan spm yang layak masuk universiti mengikut kos yang anda inginkan.
Gunakan kalkulator merit untuk mendapatkan markah merit anda untuk dipadankan dengan markah merit yang diperlukan oleh program.
- c) Dapatkan maklumat berkaitan program pengajian dan Universiti
Sebagai persediaan sebelum membuat permohonan, calon boleh merisik maklumat berkenaan IPT dan juga kursus-kursus yang ditawarkan agar calon mempunyai panduan untuk membuat permohonan.
Semak senarai kursus upu 2023 termasuk senarai program degree & senarai program diploma yang ada untuk buat perbandingan.
Sesetengah Universiti juga akan menganjurkan karnival pendidikan bagi kemasukan ke universiti masing-masing.
Para calon harus memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Universiti tersebut beserta dangan program-program yang ditawarkan agar mereka dapat menilai kelayakan mereka dan seterusnya memohon pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat.
- d) Elak sebarang kesilapan semasa membuat permohonan UPU online
Semasa mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan, pastikan anda mengisi maklumat yang tepat dan terkini.
Pastikan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan e-mel, dan maklumat-maklumat lain diisi tanpa sebarang kesilapan ejaan atau nombor.
Dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan perlu lengkap dan telah disahkan.
Lagi Tips…
- e) Susun program mengikut keutamaan
Semasa memilih 12 kursus atau program pengajian dalam sistem dalam talian, pastikan anda meletakkan kursus yang paling anda minat sebagai pilihan utama.
Selepas itu, pastikan anda memilih dengan teliti kursus pilhan yang lain agar anda tidak hanya memilih kursus sekadar untuk memenuhkan ruang sahaja.
Ini kerana, sekiranya anda tidak layak untuk pilihan utama, anda kemungkinan besar akan ditawarkan kursus pilihan yang lain.
- f) Rujuk pihak yang berpengalaman
Bagi membuka minda dan menunjukkan jalan untuk anda memilih pengajian yang sesuai dengan kehendak anda dan juga kehendak alam pekerjaan sebenar, anda boleh merujuk kepada guru-guru kaunseling, ibu bapa, serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang berpengalaman dalam membuat permohonan.
Kos terbaik untuk lepasan spm untuk sambung belajar ke universiti awam adalah bidang yang mampu menjanjikan peluang kerjaya yang luas selepas tamat belajar.
- g) Utamakan kehendak anda semasa membuat permohonan
Pelbagai pihak akan memberi pandangan dan pendapat semasa anda ingin membuat permohonan, tetapi akhirnya nanti anda sendiri yang akan mengharungi dunia dan kehidupan kampus yang mencabar.
Justeru pilih kursus yang bersesuaian dengan minat, kebolehan diri, sesuai dengan cita-cita anda dan perlu diambil kisah juga berkenaan peluang pekerjaan bagi program tersebut.
- h) Selidik kelebihan dan kekurangan program yang ditawarkan
Memilih program pengajian ibarat menentukan masa depan anda.
Jadi pilihlah program yang mampu menjamin masa depan anda agar pengajian anda bukanlah sesuatu yang sia-sia dan perlu anda kesali.
Buat sedikit kajian berkenaan kelebihan dan kelemahan kursus yang ingin anda ceburi agar anda boleh membuat pilihan yang tepat.
Elak ambil kursus yang kurang popular di universiti dan course yang jarang orang ambil.
Upu Pocket
Permohonan UPU secara online. UPU Pocket online merupakan satu aplikasi mudah alin yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memudahkan pemohon atau calon-calon bagi mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan rujukan berkaitan urusan kemasukan pelajar ke IPTA.
Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi ini adalah seperti:
- a) Semakan
- Semakan status permohonan
- Semakan keputusan permohonan UPU 2023
- Semakan kelayakan program pengajian
- b) e-Panduan
- e-Panduan SPM
- e-Panduan STPM/Setaraf
- e-Panduan UPUSkils
- Carian Program
- Laluan Kerjaya
- c) Direktori IPTA
- d) Takwim
- e) Hubungi
- f) Notifikasi
Maksud Purata Merit UPU Online
Kaedah meritokrasi merupakan sistem yang pada asalnya digunakan oleh sistem politik dalam memberi penghargaan dan kedudukan yang lebih baik kepada pemimpin yang menonjolkan prestasi yang baik dalam satu-satu jabatan dan organisasi.
Dalam konteks purata merit upu maksud, sistem ini digunakan untuk memilih calon yang lebih layak berdasarkan prestasi mereka untuk ditawarkan kursus pengajian.
Sistem ini diperkenalkan selaras dengan dasar Kerajaan untuk meningkatkan peluang sama rata seluruh rakyat Malaysia kepada akses dan ekuiti pendidikan pengajian tinggi.
Sistem merit menggunapakai sistem pemarkahan 90 peratus daripada keputusan akademik dan 10 peratus daripada markah kokurikulum.
Proses pengiraan merit terbahagi kepada tiga fasa iaitu proses pertama iaitu penentuan aliran diikuti dengan proses penyediaan dan pengiraan merit serta akhir sekali adalah proses penyediaan susunan merit.
Permohonan UPU secara online. Proses penentuan aliran melibatkan penetuan samada pemohon berada di aliran sains atau sastera berdasarkan empat atau lima mata pelajaran utama SPM / STPM.
Seterusnya markah merit akan dikira berdasarkan komponen akademik dan kokurikulum di mana pembahagian peratusan adalah 90 peratus untuk akademik dan 10 peratus untuk kokurikulum.
Jumlah markah adalah berbeza mengikut gred keputusan (A+, A, A- dan sebagainya) dan juag berbeza mengikut jenis institusi pengajian.
Bagi markah kokurikulum, markah adalah mengikut tahap penglibatan kokurikulum pelajar tersebut.
Akhir sekali, markah upu pocket merit akan disusun mengikut markah merit paling tinggi akan diutamakan.
Markah Merit Masuk Universiti Awam
Merit Upu Lepasan SPM / Setaraf 2023 Online
- UA & Politeknik Premier: 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
- Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti & ILKA: 75 peratus markah akademik, 10 peratus markah kokurikulum dan 15 peratus Status Sosio-Ekonomi (SES)
Merit Online Upu Permohonan Lepasan STPM / Setaraf 2023
- Markah merit yang bagus terbahagi kepada 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
Syarat Dan Cara Kemaskini Permohonan Upu 2023
Permohonan UPU secara online. Pemohon yang memohon untuk memasuki matrikulasi / asasi boleh kemaskini upu untuk pilihan program pengajian dengan memasukkan keputusan sebenar dan penuh SPM, STPM dan STAM.
Bagi permohonan untuk semua pengajian yang lain pula, pemohon boleh mngemaskini pilihan program kecuali program yang ada melibatkan temuduga.
Pada fasa ini, tiada lagi pilihan untuk pengajian bertemuduga.
Bagi pemohon yang memiliki diploma/setaraf, pengemaskinian hanya boleh dibuat dengan memuat naik dokumen sokongan dan keputusan sebenar tanpa mengemaskini pilihan pengajian.
Untuk kemaskini dan update permohonan, anda perlu peka dengan tarikh pengemaskinian yang akan diumumkan daripada masa ke semasa.
Sebagai contoh pada tahun ini, fasa tarikh kemaskini upu 2023 telah dibuka dari tarikh Jun 2023, 12pm sehingga Jun 2023, 5pm.
Selain daripada tempoh tersebut, sistem tidak dapat dibuka untuk pengemaskinian. Cara-cara mengemaskini permohonan upu 2023 sangat mudah.
- Layari laman web, http://upu.mohe.gov.my
- Seterusnya log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Upu kemaskini 2023 pilihan program pengajian anda.
- Tekan sah dan hantar.
Anda juga mungkin meminati
Bantuan Melanjutkan Pelajaran IPT (MAIK)
[…] • Peminjam menerima gaji atau elaun semasa dalam tempoh penangguhan. • Peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan penangguhan. Jadi, pastikan maklumat yang diberikan adalah benar dan ikut prosedur yang ditetapkan. Dengan memahami proses penangguhan bayaran PTPTN, peminjam dapat mengelakkan sebarang masalah dan menjalani proses dengan lancar. Ingatlah untuk sentiasa berhubung dengan PTPTN untuk mendapatkan maklumat terkini. Anda dah tau kan, kena bayar on time, taknak kena marah dengan diorang. Jangan lepas pandang benda ni, sebab kalau lambat bayar, macam-macam masalah boleh datang. So, kalau Anda baru lepas grad atau dah start kerja, pastikan bayar PTPTN ni jadi keutamaan. Jangan biar hutang ni jadi macam cerita seram dalam hidup Anda. Tak best tau, bila setiap bulan kena fikir pasal benda ni. Jadi, jangan malas, usaha sikit, pasti boleh settlekan PTPTN dengan senang hati. Anda juga mungkin meminati Permohonan PTPTN Online 2024 Permohonan Upu Secara Online […]