Program Bantuan Daripada MAIK, Majlis Agama Islam Kelantan
Pengenalan
Begitu banyak program Bantuan Daripada MAIK. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan rendah hati mempersembahkan pelbagai program bantuan sebagai bentuk komitmen terhadap pembangunan masyarakat di Negeri Kelantan. Dalam usaha memperkukuhkan kebajikan umat Islam, MAIK telah melancarkan inisiatif bantuan yang merangkumi pelbagai bidang kehidupan.
Bantuan yang disediakan oleh MAIK merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan, kesejahteraan sosial, keagamaan, dan ekonomi. Program ini dirancang dengan penuh perhatian untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat, dan ia menjadi satu wadah bagi MAIK untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di Kelantan.
MAIK mengalu-alukan semua pihak yang memerlukan bantuan untuk turut serta dan membuat permohonan dengan penuh keyakinan. Setiap permohonan akan dinilai dengan teliti untuk memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Dengan berbekalkan semangat kerjasama dan gotong-royong, MAIK yakin bahawa program bantuan MAIK akan memberi impak yang positif kepada komuniti. Teruslah bersama kami dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai tempat yang lebih baik dan sejahtera.
PROGRAM BANTUAN AGIHAN ZAKAT :
- Bantuan Bulanan Fakir Miskin
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Pembangunan Ekonomi
- Bantuan Am
- Bantuan Rawatan Perubatan
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
- Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Pondok Dan Tahfiz
- Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
- Bantuan Rumah Agihan Zakat (Projek Khas)
- Bantuan kepada Badan / Pertubuhan & Sumbangan Kepada Pembangunan Islam
- Bantuan kepada Gharimin
- Bantuan kepada Ibnusabil
PROGRAM KEMAHIRAN
- KURSUS BENGKEL JAHITAN
- Mula beroperasi pada bulan Julai 1996
- Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu
- Jumlah maksima pelatih untuk satu sesi – 25 orang
- Menjahit Pakaian Lelaki & Wanita
- Pengambilan Wanita Sahaja
- Tempoh Kursus selama 10 bulan
- Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00
- KURSUS BENGKEL AUTOMOTIF
- Mula beroperasi pada bulan Januari 2000
- Terletak di Mukim Telok Baru, Kota Bharu
- Jumlah makisma pelatih untuk satu sesi– 10 orang
- Membaiki Motosikal Sahaja
- Pengambilan Lelaki Sahaja
- Tempoh Kursus selama 10 bulan
- Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00
- KURSUS BENGKEL SULAMAN
- Mula beroperasi pada bulan Januari 2002
- Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu
- Jumlah maksima pelatih untuk satu sessi– 10 orang
- Pengambilan Wanita Sah 10 bulan
- Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00
TUJUAN PROGRAM:
- Mendedahkan mereka kepada pembelajaran kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari pendapatan.
- Meningkatkan taraf ekonomi mereka yang kurang berkemampuan melalui sumber kemahiran yang diperolehi.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh kursus bermula.
- Bujang
- Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
- Beragama Islam.
- Asnaf yang layak menerima zakat.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan yang boleh didapati secara percuma pada waktu pejabat di:
Kaunter Unit Agihan
Bahagian Pembangunan
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
15200 Kota Bharu
HARI DAN WAKTU LATIHAN :
HARI AHAD HINGGA RABU
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 5.00 PTG
HARI KHAMIS
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 3.30 PTG.
Penutup
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada MAIK dan segala dokumen hendaklah di sertakan dengan lengkap agar proses kelulusan dapat dipercepatkan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-maik.my