Semak Saman Trafik Jalanraya
Anda tahu cara semak saman trafik jalanraya?
Kadangkala kita tak perasan yang kita ada lakukan kesalahan jalan raya, sama ada melalui kesilapan yang direkodkan oleh pegawai JPJ, Polis Trafik, ataupun AES, iaitu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Jadi untuk mengelakkan saman terkumpul, kita bolehlah membuat semakan agar bayaran dapat dibuat terutamanya ketika tempoh ditawarkan diskaun atau promosi.
Sekarang dah ada banyak cara semak saman Polis, JPJ atau AES dengan mudah dan pantas, semuanya di hujung jari!
Cara ini memang sangat membantu sebab kita tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.
Berikut kami kongsikan lima cara anda boleh semak saman sama ada saman trafik PDRM, JPJ atau AES secara online dan SMS.
Cara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Jom kami kongsikan 5 cara untuk anda check saman secara online atau melalui SMS tanpa perlu ke kaunter.
1. Semakan Saman Polis Di MyBayar Saman
Perkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:
- Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online.
Kadang-kadang kalau ada diskaun, boleh dapat diskaun dari RM250 jadi RM50 saja!
2. Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ (MySikap)
Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
3. Cara Semak Saman Melalui Sistem MYeG
Cara semak saman dengan MyEG adalah antara cara yang paling mudah dan pantas kerana anda juga boleh membuat bayaran terus sekiranya terdapat saman yang perlu dijelaskan.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah seperti langkah berikut:
- Pergi ke laman web rasmi MyEG Services Berhad di pautan berikut : http://www.myeg.com.my)
- Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda.
- Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
- Tekan butang ‘Daftar Sekarang’.
- Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butiran diri seperti yang di minta.
- Setelah selesai, klik ‘Hantar’ dan Log in menggunakan username dan password anda.
- Pilih tab untuk semak saman trafik polis (PDRM)
- Masukkan IC/Nombor Syarikat/Nombor plat kereta anda kemudian klik ‘Hantar’.
- Senarai saman akan dipaparkan jika kenderaan anda direkodkan melakukan kesalahan.
- Jika ingin membuat bayaran saman, anda boleh memilih sama ada membayar menggunakan kad kredit/debit atau online banking.
- Jika memilih online banking, akan disenaraikan beberapa bank terpilih dan anda boleh terus membuat pembayaran.
- Untuk rekod dan salinan, segala transaksi boleh dilihat di dalam profail akaun MyEG masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-7664 8000.
Anda juga mungkin meminati
Bantuan Awal Persekolahan RM150