Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024 / 2025
Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2024 / 2025
Tahukah anda cara semakan keputusan Permohonan MRSM? Bagi tahun 2023, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
Pada sesi 2023, MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).
Tarikh Ujian UKKM
Cara semakan keputusan Permohonan MRSM.Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024 telah dibuat bermula 27 Oktober 2023, selepas jam 8.00 malam.
Manakala Panggilan Kedua UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ IGCSE/ Teknikal dibuka pada 8 November 2023 (Rabu) pukul 2.30 petang.
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.
Berikut dikongsikan pautan semakan online dan cara untuk membuat semakan kemasukan MRSM atas talian.
TERKINI : Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2024 / 2025
Semakan keputusan bagi sesi 2024/2025 akan diumumkan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana pengumuman itu dibuat sekitar bulan Mac.
Terkini Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat hantaran di media sosial rasmi beliau bahawa keputusan kemasukan akan mula disiarkan pada 18 Januari 2024.
Sumber: Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Difahamkan pada tahun ini beliau telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah telah menyegerakan pengumuman keputusan kemasukan ke MRSM kerana prihatin dengan kos-kos kemasukan ke sekolah pada awal tahun nanti.
Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.
Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.
Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my
selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.
Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada tarikh keputusan disiarkan.
Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024 / 2025
Sila layari laman web Mara untuk semakan.
Link semakan:
- TINGKATAN 1
- https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1 (Pautan dibuka pada 18 Januari 2024)
- TINGKATAN 4
- https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4 (Pautan dibuka pada 18 Januari 2024)
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2024/2025
Sekiranya tuan/ puan ingin merujuk keputusan kemasukan ke MRSM, tuan/puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara terus:
- Semakan kemasukan tingkatan 1 :
- Semakan kemasukan tingkatan 4 :
Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi kemasukan baharu ke MRSM biasanya adalah pada pertengahan atau akhir bulan Mac.
Bagi sesi 2023/2024, pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2023.
Tarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran kedua akan dimaklumkan dalam surat tawaran.
Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2024
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2024:
MRSM menawarkan enam program iaitu
- MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
- MRSM Ulul Albab
- MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
- MRSM Premier
- MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 di bawah:
Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?
Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my
Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil?
Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran
2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.
Trending sekarang
Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?
Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.
Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?
Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]
Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat
Cara Semakan UKKM MRSM Sesi 2024
Terdahulu dimaklumkan bahawa tarikh semakan panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ ICGSE/ Teknikal telah dibuka bermula 27 Oktober (mulai jam 8.00 malam) hingga 22 Disember 2023.
Sila layari semakan panggilan ujian tersebut di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Cara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2023 / 2024 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dengan langkah berikut:
- Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
- Semakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
- https://www.mara.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
SEMAKAN UKKM 2023 KEMASUKAN 2024
Calon adalah diminta untuk menyemak status tawaran menduduki ujian dari masa kesemasa melalui pautan berikut :-
- Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/ (akan dibuka pada tarikh yang dimaklumkan)
- Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/ (akan dibuka pada tarikh yang dimaklumkan)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483
[…] Semakan Keputusan Permohonan MRSM […]
[…] Semakan Keputusan Permohonan MRSM […]