Senarai Aliran/Program MRSM
Tahukah anda senarai Aliran/program MRSM? yang terdapat dan ditawarkan kepada pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)? Berikut dikongsikan senarai aliran/ program yang ditawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2024. Juga dikongsikan maklumat aliran dan lokasi MRSM yang menawarkan program/ aliran yang dinyatakan.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat Permohonan kemasukan ke MRSM secara atas talian./ online bermula dari 15 September hingga 20 Oktober 2023 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4.
Senarai Aliran/ Program Yang Ditawarkan Di MRSM
Merujuk kepada iklan pengambilan MRSM 2024, sebanyak 5 program/ aliran ada ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4 sebanyak 2 aliran ditawarkan. Berikut adalah senarai aliran/ program pengajian yang ditawarkan di MRSM untuk rujukan pelajar dan ibu bapa.
Aliran Tingkatan 1
Program yang yang ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1 adalah seperti berikut :-
-
Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRSM Premier)
Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Senarai MRSM | |||
Batu Pahat , Johor | Mersing, Johor | Muar, Johor | |
Baling, Kedah | Merbok, Kedah | PDRM, Kulim, Kedah | |
Pendang, Kedah | Jeli, Kelantan | Kuala Krai, Kelantan | |
Pasir Tumboh, Kelantan | Terendak, Melaka | Serting, Negeri Sembilan | |
Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang | Arau, Perlis | Gerik, Perak | |
Pasir Salak, Perak | Lenggong, Perak | Pengkalan Hulu, Perak | |
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak | Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang | Kota Kinabalu, Sabah | |
Mukah, Sarawak | Betong, Sarawak | Kuching, Sarawak | |
Tun Mustapha, Sabah | Besut, Terengganu | Kuala Berang, Terengganu | |
Kuala Terengganu, Terengganu | Tun Dr Ismail, Johor | Bintulu, Sarawak | |
Beseri, Perlis | Balik Pulau, Pulau Pinang | Muadzam Shah, Pahang | |
Tun Mohammad Fuad Stephens, Sabah | Ranau, Sabah | – | |
-
MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
Senarai Aliran/program MRSM. Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab
Pelajar yang memilih MRSM Program Ulul Albab perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Menawarkan Program Ulul Albab sebagai nilai tambah
- Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Ulul Albab bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Ulul Albab
Senarai MRSM | ||
Gemenceh, Negeri Sembilan | Kepala Batas, Pulau Pinang | Kota Putra, Besut, Terengganu |
Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor | Semporna, Sabah | ATM Bera, Pahang |
Bagan Datuk, Perak | FELDA Trolak, Perak |
-
MRSM Program Cambridge IGCSE
MRSM Program Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum
khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5
Pelajar yang memilih MRSM Program Ulul Albab perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Program IGCSE menawarkan dwisijil iaitu IGCSE dan SPM
- Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IGCSE bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IGCSE
NAMA MRSM | ||
Alor Gajah, Melaka | Kubang Pasu & Langkawi, Kedah | Kota Kinabalu, Sabah |
Johor Bahru, Johor | Kuala Klawang, Negeri Sembilan | Kuala Kubu Bharu, Selangor |
Kubang Pasu, Kedah | Parit, Perak | Kuching, Sarawak |
Tumpat, Kelantan | Tun Abdul Razak, Pahang | Kuantan, Pahang |
-
MRSM Program SPMRSM IB-Middle Year Program
MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccalaureate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah
Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires). berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgeable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).
NAMA MRSM |
||
Balik Pulau Pulau Pinang | Tun DR Ismail Pontian | Kota Kinabalu, Sabah |
-
MRSM Program Teknikal
MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.
NAMA MRSM | |
MRSM Bentong, Pahang |
Anda juga mungkin meminati
Semakan Keputusan Permohonan MRSM
[…] Senarai Aliran/Program MRSM […]