Tol Percuma Tahun Baru Cina

Tol Percuma Sempena CNY

TOL PERCUMA SEMPENA CNY TAHUN BARU CINA 2024

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan tol percuma untuk semua jenis kenderaan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2024!

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia meliputi semua kelas kenderaan dan khususnya mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempoh tol percuma ini untuk makluman bersama.

Tol Percuma Tahun Baru Cina

PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2024

  • Pada 8 FEBRUARI 2024 (KHAMIS), 12.01 pagi hingga 11.59 malam, dan
  • Pada 9 FEBRUARI 2024 (JUMAAT), 12.01 pagi hingga 11.59 malam
  • Untuk SEMUA jenis kelas kenderaan
  • Di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia

Cadangan Waktu Perjalanan

Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.

Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.

PLUS memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan dalam masa terdekat.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Panduan Menikmati Tol Percuma Di Lebuhraya PLUS

PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.
    Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan. Jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
    Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Sumber: PLUS Malaysia

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS. Ini adalah  untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan.

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.

Anda Juga mungkin meminati

Tarikh & Jumlah Bantuan STR 2024

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *